ruang tamu
Penerangan Karya (umum)
Makna
Tema dalam karya yang dihasilkan, rata-rata membawa tema Kemasyarakatan. Perkara atau peristiwa yang lumrah dalam kehidupan seharian masyarakat moden Malaysia hari ini dihalusi dan diadaptasi menjadi sebuah karya yang bersifat sezaman (contemporary). Kadang-kadang apa yang dipaparkan menerusi karya kreatif ini, bukanlah merupakan satu observasi biasa, namun ia dapat dikonsi bersama sebagai renungan dan iktibar pada sesetengah penghayat.
Terdapat sesetengah karya pula dihasilkan membawa isu-isu panas dan kritikan social. Karya sebegini biasanya digarap secara gurauan dan sindiran sinis yang mungkin akan mengcuit perkara-perkara sensitif bagi sesetengah pihak. Namun ia bukanlah bagi tujuan menjatuhkan individu tertentu. Ia umpama ‘pukul anak, sindir menantu’. Atas landasan memberi pengajaran dan kesedaran terutama pada diri sendiri.
Bentuk
Karya yang dihasilkan adalah karya seni arca free standing dan wall sculpture. Bagi mengembalikan kegemilanggan zaman casting seperti di zaman Renaissance dan zaman Dongson . Teknik casting adalah menjadi teknik pilihan dengan menggunakan bahan aluminium. Turut terdapat percantuman bahan iaitu beberapa objek benar seperti gunting, dan beberapa alatan lain, bagi menjelaskan lagi makna dan juga ia berfungsi sebagai klue untuk menyampaikan maksud.
No comments:
Post a Comment