Tuesday, June 1, 2010

PROJEK PUBLIC SCULPTURE di UiTM PERAK..." ARCA MINDA"

"Arca Minda" adalah satu Projek koloberasi antara pensyarah Jabatan Seni Halus Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, UiTM Perak.
Pengarca dan seniman yang terlibat ialah:
Aznan Omar
Syed Alwi Syed Abu Bakar
Mohd Daud Rahim
Azian Tahir
Hamidi Abd. Hadi
Mahizan Hijaz Mohammad
Izaddin Matrahah
Mohd Hafiz Yahya
Noor Azizan Rahman Paiman

Gambar dihari perasmian.
dirasmikan
oleh
Y. Bhg. Prof. Dato' Dr. Abdullah Mohamad Said
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)
pada 31 Mei 2010
sempena
Majlis Perpisahan Beliau sebagai Pengarah Pampus UiTM Perak


Proses-proses pembikinan Arca Minda.



Membuat Actual Drawing untuk mendapatkan saiz sebenar arca.


Menggunakan Grid.


Potong Shape


Sambungkan shape mengikut ukuran dan bentuk





Dibantu oleh 3 orang pelajar tahun akhir seni halus



ukuran mesti tepat



membengkokkan besi berdasarkan templet (drawing)




tamplet tulisan jawi (ilmu)



proses membengkokkan tuib 3 in.



Seorang pelajar praktikal sedang memastikan besi dibengkokkan mengikut ukuran yang tepat.



Sedia untuk dipasang...



Potong ikut saiz



potong ikut condong kedudukan arca







Dipasang di atas tapak temporari



gantung mengikut ketinggian sebenar.



Proses memasang arca


Pengarca sedang berbincang tentang teknikal.




sudah nampak gambaran....



proses grinding...


Proses kimpalan secara tapping dilakukan untuk mendapat kedudukan tepat.


Bizzz....bizzzz



Kena pastikan benar-benar kuat sebelum dilaraikan.




Kiri dan kanan arca berlawanan rythm...




Arca dileraikan dan dibersihkan kesan welding



Setiap tempat penyambungan dibuat penyudah bagi memastikan kekuatan dan kekemasan welding.






grind....





touch-up




grind... lagi.. kemudian Arca disambung kembali dan dicat undercoat.



pasang tulisan jawi (akal)



Pelajar praktikal sedang memasang tulisan jawi




cat warna merah ferarri sebagai attraction dalam environment



Pekerja sedang megukur tapak.



Playwood digunakan sebagai template


Tapak akan digunakan batu granite



Kren digunakan untuk mengangkat arca ke lokasi.



kerja agak mencabar..... takut berlaku kerosakkan pada arca.



Profesional.... pekerja mengikat arca dengan belt khas.



Berada di awangan....



adjust naik lori...




dah berada atas lori.


Lori bergerak ke lokasi.




Sekali lagi terbang....


Pekerja menbantu mengalihkan kedudukan yang tepat.



point masuk ke lubang skrew..



...ada sikit lari....



Allhamdullah..... Berjaya mendarat dengan selamat.


Kunci ketat-ketat




Tulisan jawi 'ilmu' dan 'akal' diletakkan mengadap Dewan Besar Seri Iskandar, adalah mewakili persediaan duniawi.

jubin granite warna indian black digunakan.



Tulisan jawi 'iman' dan 'amal' diletakkan mengadap Pusat Islam adalah mewakili persedian akhirat.

Arca ‘MINDA’

Reka bentuk berteraskan kepada prinsip umumnya iaitu ‘IMAN’, ‘AMAL’, ‘AKAL’ DAN ‘ILMU’, Terdiri dari beberapa pendekatan.
Mewujudkan satu symbol ‘Otak’ atau ‘Minda’ yang signifikasikan kepada budaya Keimanan dan kesarjanaan sebagai pokok utama didalam penghasilan karya yang mendominasi ruangnya.

Otak merupakan punca ‘Nervous system’ atau Pusat Saraf bagi setiap manusia, fungsinya yang menjangkaui minda manusia ini berfungsi dengan sempurna mengikut kemampuaannya sepanjang hayat. Ruang otak ‘Cerebrum’ yang terbahagi kepada dua bahagian dan disambung oleh ‘Corpus callosum’ ini menjalankan tugasnya tanpa perlu di arah, ia merupakan satu kebesaran Allah yang diberi kepada setiap hambanya. Evolusi perkembangan idea arca ini adalah berlandaskan kepada gambaran pembahagian-pembahagian tugas-tugasan otak terhadap para pemikirnya antara otak kiri dan kanan iani ‘LOGIK’ dan ‘KREATIF’, hanya yang membezakan adalah arca ini mamberi pembahagian kepada 4 bahagian berbanding dua seperti lazimnya, ia bertujuan bagi membentangkan sifat keimanan dan keilmuan kerana sebagai seorang yang beriman ilmu itu merupakan perkara pertama yang hadir melalui naluri setiap manusia ini terbukti apabila ayat Al Quran yang pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW ialah ‘IQRAK’ yang membawa maksud ‘BACALAH’ kerana membaca itu merupakan punca segala ilmu sama ada dalam bentuk teori dan amali.

Menggunakan huruf –huruf Jawi sebagai bentuk berteraskan Dunia ‘Melayu’

Kaligrafi Jawi dipilih menjadi teknik tulisan utama didalam arca ini adalah kerana antara ketamadunan yang dibawa masuk dengan kehadiran Islam dirantau Melayu adalah penulisan, tulisan ‘Jawi’ dihasilkan berlandaskan dari tulisan Arab iaitu ‘Khat’ seperti yang diperkatakan oleh Wan Abdulah Wan Mahmood et.at. (1997) di dalam bukunya iaitu “Masyarakat Melayu pandai membaca dan menulis adalah berasaskan oleh 29 huruf tulisan Al Qur’an dengan penambahan huruf-huruf yang mirip dengan huruf Arab”. Sememangnya kehadiran huruf-huruf Arab ini banyak memberi munafaat kepada orang-orang Melayu, kerana dengan terhasilnya tulisan ‘Jawi’ maka semua kesasteraan dan kesenian orang-orang Melayu telah dapat di zahirkan dalam bentuk penulisan bukan lagi dalam bentuk lisan seperti lazimnya. Ini dipersetujui oleh Lois Lamya ‘Al Faruqi yang mengatakan perkembangan tulisan ‘Jawi’ itu dihasilkan dari model tulisan Arab iaitu “A new script (Jawi) was created on the model of the Arabic script; and for the first time, the Malay developed a written as opposed to oral, literature”. Melalui tulisan Jawi ini maka lahirlah Cendiakawan Melayu seperti Tun Sri Lanang dan Musyih Abdullah yang menggunakan manuskrip ‘Jawi’ sebagai perantaraan ilmu mereka. Bahan berasaskan besi dan dicatkan dengan warna merah dicadangkan sebagai material yang paling sesuai dan mudah diselengarakan untuk manuskirp ‘Jawi’ ini.


Melahirkan satu monumen yang didominasikan oleh besi yang mengabadikan struktur keseluruhan arca dan 4 perkataan utama yang membawa maksud masing-masing
Pembinaan satu monument adalah satu pelaburan kearah tuntutan sosial bangsa, masyarakat dan tamadunan sezaman. Sesebuah monument dibina untuk mewakili satu mercutanda melambangkan prinsip, pegangan, tradisi, budaya dan mewakili komuniti persekirtarannya – Sarmiza Abu Hassan. Oleh itu monument ini dibina bagi tujuan tersebut, Bahan Besi dipilih bagi menyampaikan maksud tentang ketahanan, kecekalan dan keteguhan didalam setiap halangan dan rintanganan yang mendatang. Ia dipilih sebagai bahan utama bagi memastikan penyampaian maksud dapat digerap melalui kelahiran arca ini. Rekabentuk arca ini meliputi bentuk gerbang dimana bahan utama akan di pasang dari satu hujung ke hujung yang lain bagi melahirkan reka bentuk seolah-olah gerbang keilmuan. Batu dasar yang berbentuk empat segi bagi mengukuhkan kedudukan besi tersebut memberi satu rasa tentang keteguhan tempat bertapak satu institusi keilmuaan yang ulung dirantau ini. Arca diwarnakan Merah sebagai symbol keberanian dan menjadi attractions pada bentuk astetik yang berada di dalam struktur wujud. Diiringi dengan text atau manuskirp yang juga diperbuat dengan bahan yang sama dan warna yang sama, bagi memberi maksud ilmu hadir dan menyerap di setiap salur darah dan urat yang seolah -oleh membentuk ‘Cerebrum’ didalam otak setiap manusia yang berakal.

Konsep oleh : Azian Tahir

Ucapan terima kasih kepada rakan-rakan, pelajar dan juruteknik uitm yangterlibat
dalam proses pembikinan 'Arca Minda'




Jom layan......


my artwork from 1996 - 2007
http://myartwork-aznanomar.blogspot.com/



4 comments:

  1. Assalamualaikum, salam ziarah & salam perkenalan tuan aznan, tahniah berjaya menghasilkan satu karya yang amat memberi inspirasi pd sy, semoga ianya dapat memberi manfaat pd yg melihatnya :)

    ReplyDelete
  2. terima kasih sangat membantu. Tunggula arca di sebelahnnye nanti ye ek

    ReplyDelete
  3. terima kasih sangat membantu. Tunggula arca di sebelahnnye nanti ye ek

    ReplyDelete