Wednesday, November 3, 2010

BAKAT MUDA SEZAMAN 2010......karya Aznan Omar

BMS 2010 kali ni merupakan karya instalasi yang bertajuk 'Gerbang'.

Proses mencetak pada tiang simen yang akan dijadikan gerbang



cetakan stensil



adjust form di atas tiang

mould yg telah siap utk dibawa ke kiln


kereta merangkap lori pengangkut......
aluminium di leburkan di dalam furnice kiln


proses tuangan aluminium ke dalam invesment mould

ahhh...lega...dah siap

soft sculpture 'kerusi'
proses printing (stansil)


install work kat balai pada 12. 11. 2010
dibantu oleh 2 org student

pemasangan gerbang

posing....

adjust sportlight...
umpama refleksi drp dua era....


Karya ini menceritakan tentang isu politik tempatan semasa.
'Gerbang' membawa maksud satu laluan yg menghubungkan
dua zaman. Pada gerbang terdapat imej-imej negatif seperti botol arak, buaya darat, kambing hitam dll. Pada tiang simen terdapat cerita sejarah perjuangan Datuk Maharajalela menentang penjajah (JWW Birch) dan satu lagi tiang menceritakan tentang undi pos...
Kerusi kayu adalah simbol kepada pemerintahan 'stail' lama
yg melibatkan percaturan, pertaruhan dan mainan politikus. Kerusi 'soft' pula simbol kepada politik baru yang mana media baru menjadi medium utama. Di bawahnya terdapat 35 helai poster undilah pen, undilah motosikal, undilah arnab dan berbagai objek harian lagi, menandakan sesiapa saja boleh dan mampu menjadi pemerintah. Kerusi dibuat dari bahan 'soft' mengambarkan politik ini masih terlalu mentah dan terdapat banyak kelemahan dan sukar diramal.

Artist dan karya.

Kepada penghayat seni........jangan lupa datang ke Balai Seni Lukis Negara untuk menyaksikan secara live BMS 2010. Pameran bermula pada 20.11.2010 hingga 20.1.2011.

Banyak lagi karya-karya hebat dapat anda saksikan........


Jom layan....
my artwork from 1995 - 2007
http://myartwork-aznanomar.blogspot.com/


No comments:

Post a Comment