Sunday, November 28, 2010

PENERANGAN KARYA / ARTIST STATEMENT BMS 2010




PENERANGAN KARYA

Nama : Aznan Omar
Tajuk : ‘Gerbang’
Saiz : 5 meter x 2 meter (instalasi)
Bahan : Aluminium cast, simen, kayu dan kain (arca lembut), cetakan acrylic atas canvas.
Tahun : 2010

‘GERBANG’, membawa maksud pintu yang besar dan disebelah atasnya terdapat satu binaan melengkung atau melintang. Gerbang juga dikaitkan dengan pemisahan dua alam atau zaman.
Di dalam karya ini, menyentuh tema kritikan sosial kepada isu politik tempatan semasa. Di dalam politik tidak dinafikan, untuk mendapatkan kuasa, berbagai taktik kotor digunakan. Bermula dari bertikam lidah antara calon pemimpin dengan tuduhan keji-mengeji. Ada yang mengamalkan rasuah,‘Politik wang’, menabur janji-janji palsu dan menggunakan khidmat ‘Bomoh’ untuk kepentingan politik mereka. Orang yang sebegini tiada perasaan ‘Nationalisme’ di dalam diri dan sanggup menjual maruah, agama, bangsa dan negara. Ada juga sesetengah calon politik sanggup menjatuhkan orang lain dengan meng ‘Kambing Hitamkan mereka, semata-mata inginkan kuasa. Kerana politik juga, kedaulatan Raja-Raja digugat, pendidikan dipolitikkan dan larangan agama dilanggar.

Kita rakyat yang sensitif, sebenarnya dah lali dan muak dengan perkataan ‘Politik Wang’,Pengundi Hantu, Habuan Politik dan bermacam-macam lagi. Istilah ini menggambarkan betapa tidak telusnya politik sekarang. Dan yang terbaru ini , isu ‘Lompat Parti’ pula menjadi hangat dan mungkin satu helah atau tektik alternatif untuk merampas majoriti. Di manakah perjuangan dan ikrar taat setia pada parti. Semuanya kerana wang. Kepada sesiapa yang mahu jadi pemimpun contohilah Rasullullah dan para sahabat kerana itulah kaedah yang terbaik untuk membentuk kerajaan di dalam dunia yang mencabar ini.

IDEA : BENTUK DAN MAKNA

Subjek ‘Gerbang’ dipilih bagi menggambarkan satu pintu yang memisahkan dua pihak iaitu ‘Pro’ dan ‘Kontra’. Bentuk gerbang itu dibina seakan-akan tiang rumah melayu, bagi menampakkan unsur-unsur tempatan, Pada tiang itu juga tertera teks-teks yang berkaitan sejarah dan politik zaman perjuangan Datuk Maharajalela menentang JWW birch. Manakala satu lagi mengenai undi pos. Kedua- dua tiang disambungkan dengan kerangka-kerangka yang di ‘casting’ dengan imej yang tersirat.

Gerbang sebelah kanan, diletakkan panel yang mewakili wajah politik lama. Di atasnya terdapat sebuah kerusi kayu sebagai simbol yang melibatkan percaturan, pertaruhan dan mainan politikus. Di bawah kerusi terdapat catan imej ‘target’ menggambarkan kerusi itu panas menjadi rebutan ramai.

Manakala panel bertentangan pula adalah seakan refleksi kepada kerusi kayu. Diletakkan sebuah kerusi kain (soft sculpture) sebagai simbol kepada politik baru yang mana media baru menjadi medium utama. Di bawahnya terdapat 35 helai poster undilah pen, undilah motosikal, undilah arnab dan berbagai objek harian lagi, menandakan sesiapa saja boleh dan mampu menjadi pemerintah. Kerusi dibuat dari bahan 'soft' mengambarkan politik ini masih terlalu mentah dan terdapat banyak kelemahan dan sukar diramal.

DESCRIPTION OF ARTWORK

Name : Aznan Omar
Title : ‘Gerbang’ (Arches)
Size : 5 meter x 2 meter (installation)
Material : Aluminum cast, cement, wood and fabric (soft sculpture), acrylic print on canvas.
Year : 2010


‘GERBANG’, or Arch, is a big door or passage way which normally has curved or horizontal decorative elements carved atop. Gerbangs are also associated with separations of two worlds or era.
This artwork is considered as a social criticism towards local political issues. In politics, undoubtedly, to gain power and influence, many tactics are used regardless of ethical issues. It includes from treachery, treason, verbal and physical assault, to corruption, empty promises and sometimes witch-craft. These people have no sense of nationalism and they have no trouble selling-off their own dignity, as well as religion, race and tarnish the Nation’s image. Because of politics, the sovereignty of Kings is disrupted, education is politicized and boundaries regarding religion and race being “raped”.
We, as sensitive citizens, have come to a point where we are disgusted by political-influenced words like money politics, invisible votes and politic rewards. These words suggest how dirty and low the political climate has become, and recently, the issue of ”changing sides” seemed to be in trend, all for the sake of gathering influence and potential voters. Up to this point it becomes clear that money is more powerful than honor and loyalty.

IDEA: FORM AND MEANING

The Gerbang is chosen as the subject matter, to illustrate a portal that divides 2 sides, whish are the Pros and the Cons. The Gerbang is fabricated to resemble pillars of a typical Malay traditional stilt-house. This is done to create a traditional ambience to the content of the artwork. On the surface of the pillars itself are inscriptions depicting events from the folds of Malaysian history, specifically during the era of Datuk Maharajalela versus JWW Birch. Another pillar bears inscriptions about postal votes. Both pillars are connected with scaffolds that are casted with concealed images.
On the right side of the Gerbang, a pedestal is set on the floor. This pedestal represents the face of olden-day Malaysian political scene. On the pedestal sits a wooden chair as a symbol of strategy, a game of chance and risk played by players in the political field. Under the chair, an image that resembles a target is created to show that the seat is hot and envy by many.
The other side of the Gerbang, however, is like a reflection to the wooden chair. A chair made of cloth (soft sculpture) symbolizes modern-day politics. Underneath the chair are 35 poster that urge people to vote for everyday objects like pens, motorcycles and bunny rabbits. This symbolizes that anyone can be a ruler. The chair is made from ‘soft’ material to reflect the local political scene that is still wet, frail and unpredictable.
BAKAT MUDA SEZAMAN 2010
sedang berlansung pameran di Balai Seni Lukis Negara
Bermula pada 20 Nov hingga 20 Jan 2011.
Datanglah menyaksikan dan alami sendiri kesenian karya-karya pelukis muda negara yang terkini.

No comments:

Post a Comment